KULIAH UST SOBRI HJ ARSYAD

Malam ini Ustaz Sobro HJ Arsyad dijemput khas oleh Masjid Kota Damansara untuk memberi kuliah maghrib. Topik beliau ialah Rasulullah sebagai Uswah Hasanah.

Apa yang menarik cara beliau berceramah ialah dengan mengedarkan kertas edaran yang mengandungi ayat Al Quran dan Hadis yang menjadi bahan perbincangan. Beliau memastikan semua ahli jemaah mendapat kertas dan memberi tumpuan kepada kertas yang telah diedarkan. Cara ini bagi saya berkesan untuk  menarik dan mengekal tumpuan para jemaah yang mendengar kuliah seterusnya memudahkan penghayatan.

Ayat al Quran dan hadis dapat ditatap sendiri dengan lengkap berbeza dari kebiasaan ceramah yang mana penceramah hanya membaca ayat Al quran dan hadis yang kekadang tidak dapat ditangkap oleh pendengar dan natijahnya ialah para jemaah hilang tumpuan. Malah kadang-kadang terlihat ada pendengar yang tunduk khusyuk dan terus khusyuk.

Kuliahnya juga tidak meleret panjang dan dapat dihabiskan sebelum jam 9 malam tidak sebagaimana pengkuliah lain yang teramat banyak modal sehingga terlajak sehingga jam 9.15 menyebabkan ramai ahli jemaah nampak gelisah kerana mungkin ada agenda lain yang perlu dibereskan segera tetapi masih mahu menunggu pahala solat Isyak berjemaah.

Mungkin para ustaz dan penceramah kita boleh membuat sedikit perubahan dalam cara menyampaikan kuliah-kuliah agar ianya berkesan dan sampai kepada sasaran. Tunjukkan qudwah kepada masyarakat bahawa pembawa dakwah Islam adalah orang yang berdisiplin dan berketrampilan tinggi dan ianya adalah akhlak Rasulullah S.A.W.

ISLAM DAN TAHUN BARU CINA

Dalam akhabar The Star hari ini memuatkan cerita tentang Adam Corrie Lee Abdullah

corrie2qc41

pulang ke kampung untuk menyambut tahun baru cina bersama keluarganya. Beliau membawa besama isterinya Fazema . Walaupun baru memeluk Islam baliau amat berpegang tegunh dengan ajawan Islam malah sudah pun ke Mekah menunaikan Umrah mengadap Allah yang maha Esa.

Apa yang menarik disini ialah pendekatan Corrie yang membawa isterinya kekampung untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama kelaurganya. Inilah yang sepatutnya diketengahkan dan diutarakan kepada masyarakat Malaysia bahawa Perayaan Tahun Baru cina adalah berbeza dengan Perayaan Krismas.

Perayaan tahun baru cina adalah merupakan perayaan kebudayaan cina yang tidak melibatkan unsur penyembahan kalau ada pun ianya boleh di elakkan seperti pemujaan roh nenek moyang dan sebagainya.

Usaha Corrie ini hendaklah di panjangkan dan di hebahkan oleh para pendakwah Islam sebagai usaha dakwah berhikmah kepada masyarakat cina. Sepatutnya usaha ini dijalankan secara besar-besaran oleh para pendakwah PAS dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat Cina di Malaysia.

Apa yang kita lihat sebelum ini para pendakwah Islam seolah pesimis dengan masyarakat cina dan buntu akal dalam mengerah akal fikiran untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat Cina.

Kata-kata “Cina Makan Babi” “Tok Pek seluar Pendek” “Cina Mabuk” “Cinaa penipu” dan berbagai kata negatif yang timbul dari mulut orang yang kita anggap kuat agama. Bahkan ramai ustaz yang memfatwakan rumah atau kedai bekas Cina hndaklah disamak dengan air tanah untuk membuah kotoran bekas-bekas Cina ini.

Kita semua pembawa risalah Islam hendaklah membuat perubahan pemikiran dalam strategi dakwah kita dalam memperkenalkan Islam kepada golongan sasaran. Jangan secara tidak sedar kitalah yang sebenarnya menyebabkan Islam semakin tidak difahami malah dipandang negatif oleh golongan bukan Islam.

Bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah Taala di akhirat nanti apabila ditanya oleh Allah betapa ramai orang Cina di Malaysia ini jauh dengan Islam hanya semata-mata kerana kebebalan kita sebagai pendakwah!

Marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan agama Islam dan juga ilmu perhubungan awam (public relation) agar peranan kita untuk memperkenalkan Islam semakin berkesan di Malaysia ini.