Rindu Terubat

Minggu lepas aku telah di ziarahi oleh bekas-bekas pelajar ku semasa di Elopura. Alhamdulillah, syukur pada Allah mereka semua telah banyak berubah. Kematangan mereka jelas tersirna dari penampilan dan pertuturan yang aku rasakan mereka telah jauh di depan ku.. Mereka cukup bersemangat untuk melakar sejarah dakwah, merintis jalan perjuangan yang masih jauh.

Ziarah mereka menyebabkan aku mengimbau kisah-kisah lama di Sabah yang banyak mendidik jiwa perjuangan ku. Kadang-kadan terfikir pula bahawa nikmat yang Allah beri sekarang tidak digunakan sepenuhnya. Allah telah menganugrahkan rezeki yang melimpah ruah kepada ku. Peluang sambung belajar sarjana, cuti penuh dua tahun, Elaun belajar yang tak kurang hebatnya, gaji tetap berjalan seperti biasa.

Ini semua adalah pulangan yang Allah telah anugerahkan kepada ku atas pengorbananku selama ini. Masya Allah! Alhamdulillah! tapi mungkin ia juga adalah ujian untuk aku. Takut pula rasanya mengenangkan ini semua.

Insy Allah… aku berazam akan menggunakan anugerah Allah ini sepenuhnya untuk meningkatan kemampuan diri agar dapat memberi sumbangan yang lebih ampuh kepada Islam. Insya Allah

Advertisements

4 Komen

  1. fattah said,

    Jun 7, 2009 pada 7:31 am

    wow…
    ebat abe lah ni…
    segan rasanya…

  2. abuhabib said,

    September 14, 2009 pada 3:26 am

    Setiap nikmat Allah ada berbentuk ujian dan ada berbentuk anugerah. Walaupun begitu kebanyakkan kita terleka dengan ujian kesenangan berbanding ujian kesusahan. Ramai yang mampu mengharungi ujian kesusahan berbanding dengan ujian kesenangan, ramai yang tewas. Lihat sahaja ribuan graduan yang lahir dari timur tengah, berapa sahaja dikalangan mereka yang sanggup turun berkhidmat kepada masyarakat. Berapa ramai yang sanggup bersusah payah turun naik masjid untuk menjadi pemimpin masyarakat tempatan. Hanya segelintir sahaja yang sanggup berbuat demikian, selebihnya selesa makan gaji, pergi sekolah atau tempat kerja, pulang sekolah atau tempat kerja. Cuti pergi makan angin. Malah ada dikalangan mereka tangga masjid yang hanya berada beberapa langkah sahaja dari rumah mereka tidak pernah dipanjat kecuali hanya untuk solat jumaat dan solat hari raya. Kadang-kadang naik kesian juga melihat beberapa sahabat yang masa mereka terlampau padat sehinggakan nak pergi bercuti pun tidak sempat. Bukan kerana popular tetapi keterpaksaan disebabkan tiada yang sanggup memenuhi jemputan. Sedangkan jika dihitung jumlah rakan-rakan yang berada disekitarnya mampu memenuhkan surau yang sederhana besar. Apa pun, ini pesanan kepada teman semua, jangan terleka dengan dunia anda kerana kita akan meninggalkan dunia, cuba fikirkan siapa yang akan menguruskan jenazah kita kalau tidak masyarakat sekitar kita…

  3. November 18, 2009 pada 5:15 am

    salam…
    saya rasa bangga sangat coz dapat jadi student ustaz… saya masih teringat2 kenangan masa kat ipt dulu.. ustaz sebagai contoh pendidik mithali… kami barisan jQAF 2007 sangat bangga dengan ustaz. kami rindu kengan dulu2 … kami mohon maaf seandainya BTN 2007 meninggalkan kenangan pahit pada ustaz. Kami manusia biasa yang punya banyak kesalahan… kami bangga coz berkesempatan jadi murid ustaz… Semoga ustaz dapat kebahagian dunia dan akhirat. Aaaaminnnn…Semoga dengan sedikit lakaran saya ini dapat menghilangkan rindu ustaz pada negeri di bawah bayu ini……

    • abamuaz said,

      November 19, 2009 pada 1:00 am

      Zawahir… Terima kasih atas ziarah..sebenarnya .. kenangan paling manis di Institut Perguruan Tawau ialah besama dengan Grup Za la.. ada orang kata itu pahit.. tapi bagi saya ia amat manis dan dikenang sepanjang zaman.. masih terbayang wajah2 geng2 jQaf semua..teruskan perjuangan mendidik anak bangsa.. berbanggalah dengan kerja kita.. kerana kita berupaya mecorak masa depan… dan mendapat dua ganjaran.. satu dari kerajaan.. dan kedua dari Allah.. dan itu yang paling bernilai..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: