KARNIVAL KARANGKRAF

Semenjak Aku berada di kota Damansara aku seakan melanggan Akhar Sinar harian. Bertitanya agak sederhana berbanding dengan akhbar perdana yang lain.

Kelmarin aku terbaca Iklan tentang Karnival Mini Karangkraf yang diadakan di Shah Alam dan aku mengambil keputusan membawa keluarga ke sana:

Tak banayk buku-buku yang dipamerkan kerana Karnival ini hanya memberi tumpun akepada memperkenalkan majalah keluaran karangkraf yang pelbagai tau.. aku hanya membeli beberapa majalah I dan Nur keluaran lepas yang dijual dengan harga murah.

Cuma ada satu gerai yang menjual buku-buku terbitan karangkraf yang aku kira tak semua buku-buku ada disitu. Mungkin yang dipamerkan adalah buku-buku baru keluarannya. Potongan harga sebanyak 30% amat lumayan bagi aku dan aku memilih beberapa buku tulisan sahabat-sahabat lama sepengajian di Jordan dului. Tahniah mereka mereka ini telah mula mengikut jejak langkah pejuang-pejuang Islam terdahulu dengan menukilkan idea-idea dakwah dan gerakan melalui alam penulisan sebagaimana pelopor-pelopor awal gerakan Ikwan Muslimin.

Aku hanya dapat membeli 9 buha buku sahaja walaupun banyak lagi buku yang amat menarik minatku memandangkan bajet aku terhad hanya ini yang dapat aku beli untuk kali ini:

1. Dengarlah ceritta 0leh Sharifah Abu Salem
2. Ibu eritalah Lagi Oleh Syarifah Abu Salem
3. Arus Tajdid: Fikrah merentas Jemaah Oleh Dr Asri Zainal Abidin
4. Membela Islam: tanggungjawab dan Disiplin oleh Dr Asri Zainal Abidin
5. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-tokohnya oleh Dr Asri Zainal Abidin
6. Sheikh Ahmad Yasin Bapa Intifadhah Palestin oleh Maszlee Malik
7. Konflik Palestin dan Israel peluru lawan batu oleh Maszlee Malik
8. Hikmah Hati oleh Maszlee Malik
9. Lets Proceed with Simple english BY Nor BI Abd Rahman

Aku berazam untuk menghabiskan telaah buku ini dalam bulan mac ini kerana banyak lagi buku-buku yang berada di dalam senarai menunggu untuk ditelaah.

Aku berpandangan bahawa antara cara untuk menggerakkan umat Islam dari kehinaan kearah kemuliaan sebagaimana zaman lampau mestika dimulakan dengan gerakan memperkasakan ilmu pengetahuan dikalangan umat Islam.

Umat Islam sekarang amat malas membaca .. quraan tidak dibaca apatah lagi buku-buku ilmiah yang lain. Mereka yang mengaku pejuang Islam pun yang takbirnya berdegar-degar pun tidak membaca. Ini menunjukkan kita umat Islam telah mengengkari perintah pertama Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi di gua Hira’

اقرأ بسم ربك الذي خلق…
Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah mencipta kan..
Jom mari kita bina generasi ilmu.. dengan membaca.. mulakan dengan diri kita

1 Komen

  1. Mac 3, 2009 pada 4:27 pm

    Salam…

    Tahniah kerana telah membeli buku-buku untuk dibaca. Ana mencemburui usaha anta itu. Namun, lingkungan ana di sini tak memungkinkan mendapat buku-buku sebegitu dengan mudah dan murah. Namun, dunia maya ini amat banyak yang boleh dibaca. Laman Asri Zainal Abdin ( http://drmaza.com/home/ )mungkin memuatkan sebahagian kandungan buku yang anta sedang tela’ah. Demikian juga lama Maszlee Malik ( http://maszleemalik.blogspot.com/ ), mungkin artikalnya merupakan sebahagian kecil kandungan bukunya yang anta sedang hadamkan.

    Apapun…semoga selamat maju jaya dalam mendaki legeh kesarjanaan. Kelak, alirkan sungai jernih dari legeh itu buat mengairi sawah dan ladang. Buat merentasi kota dan desa dengan jernih air ilmu yang bisa dihirup dengan penuh kenikmatan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: