KONSERT RIHANNA DI MALAYSIA

Saya tertarik dengan pandangan seorang pembaca Cina didalam The Star yang telah memberi padangan tentang Konsert Rihanna yang akan diadakan 13 feb nanti. Beliau bersetuju bahawa konsert tersebut tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan boleh memberi kesan negatif kepada remaja.

 

Cuma tindakan membantah konsert tersebut tidak membawa apa-apa perubahan bahkan menimbulkan pandangan negatif pihak bukan Islam. Tindakan yang terbaik bagi beliau ialah mengharamkan orang Islam menhadirinya dengan menguatkuasakan pemeriksaan kad pengenalan sebagaimana yang dilakukan di pusat-pusat perjudian.

 

Kita sebagai pendakwah perlu kreatif menyelesaikan masalah dengan melakukan kempen-kempen yang di luar kebiasaan. Para pencinta Islam kadang-kadang seolah-olah kering idea untuk menjalankan kempen amar makruf nahi mungkar. Bahkan kita seolah-olah menyongsangkan kaedah dakwah yang telah diperkenalkan oleh Allah “Amar Makruf Nahi Mungkar” iaitu kempen kearah makruf dan kempen mencegah kemuangkaran.

 

Ayat yang menyebut tentang amar makruf dan nahi mungkar amat banyak dalam Al Quran dan ianya di dahulukan dengan amar makruf barulah diikuti dengan nahi mungkar.

 

Perbanyakkan dahulu kempen makruf atau dengan kata lain kempen memberi bimbingan kearah kebaikan. Apabila ini semua sudah dilakukan barulah kita kempen mencegah kemungkaran.

 

Dalam konteks Malaysia yang memberi ruang yang luas kepada konsert hiburan dan mendapat sokongan penuh kerajaan, apa yang perlu kita lakukan ialah mengadakan kempen dengan mendekati golongan remaja dengan memberi penerangan tentang batas-batas hiburan dalam islam.

 

Apabila kita meneliti realiti negara kita, konsert ini amat dialu-alukan oleh golongan muda. Ini boleh dilihat di dalam perbualan harian mereka dan tidak ketinggalan juga diruangan sembang internet  yang cukup popular sekarang.

 

Apa yang boleh kita lakukan bagi berhadapan dengan kosert ini ialah:

  1. Berusaha untuk lebih rapat lagi dengan golongan muda dengan memberi penerangan tentang makna kehidupan. Ini boleh dilakukan dengan melalui penulisan sama ada di majalah-majalah hiburan atau blog-blog dan semestinya menggunakan bahasa yang lunak. Apa yang kita selalu lihat ada dikalangan pencinta agama kita yang menggunakan bahasa yang agak keras.
  2. Mengadakan kempen agar orang Islam tidak menghadiri konsert tersebut dengan mengadakan bahan-bahan sebaran yang sesuai.
  3. Meminta pihak media agar tidak memperbesarkan  berita tentang konsert ini di dalam media mereka.

 

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: