SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428 H

Alhamdulillah

Puji dan syukur kepada Allah tuhan yang telah mencipta sekelian alam dan mentadbirnya dengan penuh kasih sayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w yang telah banyak berkorban demi untuk menyampaikan risalah iman kepada semua  manusia di seluruh pelusuk dunia sehinggalah sampai kepada kita semua hari ini.

Kita telah berjaya menyelesaikan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan dan telah dianugerahkan hari kegembiraan dengan Eidul Fitri. Hari kegembiraan ini hendaklah dihayati dan difahami falsafahnya. Sebulan dibulan Ramadhan kita diperintahkan oleh Allah agar berpuasa dengan menahan diri dari perkara yang mematalkan puasa dari waktu fajar hingga maghrib. Sepanjang sekitar 12 jam kita berjaya menahan diri dari makan dan minum perkara lain yang membatalkan puasa walaupun perkara itu menjadi rutin kehidupan kita pada hari biasa.

Menakjubkan! Kita berjaya. Kita tak makan sepanjang hari walaupun lapar. Kita tak minum sepanjang hari walaupun dahaga. Itulah yang Allah nak tunjukkan kepada kita bahawa badan dan jiwa kita ini sebenarnya mampu untuk mengekang nafsu dan kehendak kita. Allah nak mengingatkan kita bahawa puasa siang hari itu ibarat kehidupan kita di dunia ini yang juga ada tempohnya.

Tempoh kehidupan di dunia ini adalah singkat walaupun pada dirasai amat panjang. Dalam kehidupan ini banyak pantang larang dan perkara yang mungkar dilarang oleh Allah.  Perkara mungkar atau larangan Allah ini adalah sebahagiannya bersifat ujian. Seperti berseronok dengan perempuan sesuka hati tanpa ikatan perkahwinan dan juga larangan meminum arak yang  pada pandangan sebahagian masyarakat adalah sebagai minuman ekslusif! Dua kemungkaran dan larangan ini hanya bersifat sementara. Apabila manusia sudah sampai ke alam akhirat di dalam syurga nanti Allah akan menganugerahkan bidadari teramat jelita yang ramai untuk hambanya yang sanggup menahan diri dari melakukan maksiat dan Allah  berikan arak dengan begitu banyak yang disifatkan dengan sungai-sungai arak di dalam syurga nanti.

 Masya Allah! Itulah hakikat kehidupan. Marilah kita sama-sama renungi diri kita. Kenapa kita kejar dunia yang bersifat sementara dan melupakan akhirt yang kekal abadi. Buatlah perubahan pada diri kita. Sumbanglah sesuatu untuk mengangkat agama Allah ke tempat yang lebih tinggi. wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: